jobs from my.neuvoo.com

29 Julai, 2015

Seorang Muka Baru Tolak Lantikan Kabinet Najib?

Seorang muka baru yang dibawa masuk dalam barisan kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menolak pelantikkan tersebut.

Menurut sumber, sehingga malam tadi ahli Parlimen tersebut masih belum menyatakan persetujuan untuk menerima jawatan itu.

“Jawatan tersebut sangat berat untuk disandang ahli Parlimen seperti beliau.

“Beliau perlukan masa dan tidak mustahil mungkin menolak jawatan tersebut,” katanya yang enggan mendedahkan ahli Parlimen tersebut.

Menurut sumber itu lagi, sama ada ahli Parlimen itu bersetuju atau tidak hanya akan diketahui dalam Majlis Angkat Sumpah di Istana Negara pada Rabu.

Rombakkan kabinet yang diumumkan Najib pada Selasa menyaksikan tujuh muka baru menjawat jawatan menteri dan sembilan timbalan menteri.


- The Rakyat Post


EmoticonEmoticon