jobs from my.neuvoo.com

09 Julai, 2015

Skandal WSJ: CIMB mohon maaf, siasat kenyataan Facebook Badlisyah

Datuk Seri Nazir Razak mengemukakan permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan dalaman mengenai kenyataan Facebook Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani, mengenai laporan The Wall Street Journal (WSJ).

Pengerusi Kumpulan CIMB itu berkata kenyataan itu sudah dibuang daripada Facebook kerana ia melibatkan isu teknikal dan Badlisyah tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Minta maaf, kami akan menjalankan siasatan dalaman," katanya akaun Instagram miliknya.

Badlisyah sebelum ini membuat analisis kod Swift terhadap dokumen WSJ mengenai dakwaan transaksi RM2.6 bilion juta ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Beliau kemudiannya mengakui tersilap dan menjelaskan analisis itu hanya untuk kegunaan peribadi sahaja.

Adik perdana menteri itu memuat baik gambar pegawai eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pengerusi CIMB Bank Islamik Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir menunjukkan komen Facebook Badlisyah kepada bekas pengerusi CIMB Tan Sri Md Nor Yusof yang "terkejut" dengan kenyataan itu.

"Zafrul dan Syed menunjukkan kepada Md Nor yang terkejut dengan kenyataan Facebook oleh Badlisyah mengenai‎ artikel WSJ," katanya.

Ba‎dlisyah sebelum itu mendakwa WSJ terjebak dengan dokumen palsu apabila mendakwa alamat penghantar serta kod Swift bank asal dana itu bercanggah dengan standard asal.

Katanya, cawangan bank Wells Fargo itu sepatutnya mempunyai standard kod Swift "PNBPUS3NNYC" dan bukannya "PNBPUS3NANYC" seperti yang terdapat dalam dokumen yang didedahkan WSJ.

"Kod Swift PNBPUS3NANYC milik Alfa Bank di Moscow. Ini bukan sekadar cakap kosong mengatakan dokumen‎ itu palsu sebaliknya pengesahan kukuh dokumen itu palsu atau tipu.

"Bagaimana WSJ terlepas pandang kesilapan fakta ini," katanya dalam Facebook yang kemudian disebarkan di kalangan blog pro-Umno. – 9 Julai, 2015.


EmoticonEmoticon