jobs from my.neuvoo.com

08 Julai, 2015

Skandal WSJ: Akaun Najib Razak Tidak Dibekukan - Gani Patail

BERHUBUNG dengan siasatan pasukan khas tentang isu sebahagian dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya dipam masuk ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan bahawa akaun milik Perdana Menteri tidak dibekukan.

Spekulasi tersebut timbul setelah pihak penyiasat dilaporkan membekukan enam akaun milik individu tertentu, namun tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenainya.

Selain itu, dalam kenyataan sama, beliau turut menzahirkan kebimbangannya terhadap ‘sindiran’ dari pihak luar yang mengaitkan kredibiliti Peguam Negara dengan agenda politik.

Ujarnya, tujuan Pasukan Petugas Khas yang menggabungkan beberapa agensi kerajaan ditubuhkan adalah untuk memastikan tidak timbul penyalahgunaan makanisme siasatan.

Bukan itu sahaja, Abdul Gani juga memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersekongkol dalam pendedahan maklumat tentang akaun itu kerana ia tertakluk di bawah seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana pihak menyatakan maklumat yang telah diperoleh melalui tugasnya kepada mana-mana pihak lain.

Ia berikutan satu maklumat yang didedahkan dalam satu artikel terbitan akhbar Wall Street Journal bertajuk ‘Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied To Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib’ bertarikh 7 Julai (semalam) masih tertakluk dalam siasatan.

Ujar Abdul Gani lanjut, individu tersebut seharusnya menyedari kepentingan memelihara integriti kertas siasatan agar tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan orang awam.

lawmakers 1MDB new

Selain diwakili Abdul Gani selaku Peguam Negara, pasukan tersebut turut disertai Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

– MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon