jobs from my.neuvoo.com

09 Julai, 2015

Skandal WSJ: 'Serah pada Allah, jangan fitnah satu sama lain' - Rosmah

KUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri menyeru semua pihak supaya tidak membuat fitnah antara satu sama lain pada bulan Ramadan ini.

Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan perasaannya ketika ditanya berhubung pelbagai dakwaan terhadap suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Kita serah pada Allah SWT. Itu yang paling mustahak. Hari baik, bulan baik jangan kita fitnah satu sama lain. (Jangan memfitnah) itu adalah ajaran al-Quran. Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa," kata Rosmah sepertimana dilapor Malaysiakini.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam artikelnya Jumaat lalu mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan kepada akaun peribadi Najib.

Namun Najib dan pihak 1MDB membuat kenyataan menafikan laporan tersebut.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook menyelar tindakan beberapa individu yang “menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan nama baik kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.”

Menurut kenyataan itu, dakwaan terbaharu ini merupakan sabotaj politik berterusan bertujuan memperdaya pihak media dan orang ramai dengan menggunakan dokumen yang telah dipinda.

Susulan dakwaan itu, Najib pada Rabu, meminta penerbit The Wall Street Journal (WSJ) untuk menyatakan pendiriannya berhubung penerbitan dua artikel yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.


EmoticonEmoticon