jobs from my.neuvoo.com

27 Julai, 2015

Taktik janda terlampau tak menjadi

ANGGOTA polis memeriksa wanita yang ditahan dalam Ops Bersepadu Motosikal di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Taktik seorang janda berusia 30-an yang menyembunyikan dadah jenis syabu di dalam kotak rokok gagal apabila ditahan dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal di sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam operasi bermula 11 malam itu, polis berjaya menahan empat individu yang memiliki dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam kotak rokok dan poket seluar suspek.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, empat individu yang terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah jenis syabu dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan.

Operasi yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu berjaya mengeluarkan 274 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik di tiga lokasi berasingan di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Perak dan Bulatan Tun Perak.

Mohd Nadzri berkata, sebanyak 197 saman secara bersemuka dan melalui Borang POL 257 dikeluarkan kepada pesalah jalan raya.

“Sebanyak 40 saman yang dikeluarkan atas kesalahan tamat lesen memandu manakala 21 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu.

“Lain-lain kesalahan adalah seperti tidak mempunyai cukai jalan, tiada cermin sisi, tidak mengikat tali topi keledar, nombor pendaftaran motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ, gagal menampal ‘P’ dan ‘L’ serta tidak membuka lampu besar ketika menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, sebanyak 15 motosikal pelbagai jenis turut disita dalam operasi yang dijalankan selama empat jam berakhir pada 3 pagi, semalam.

Menurutnya, sekatan jalan raya dan operasi bersepadu seperti ini akan dijalankan dari semasa ke semasa supaya penunggang motosikal patuh kepada undang-undang bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66408#sthash.UPpoo6Eb.dpuf


EmoticonEmoticon