jobs from my.neuvoo.com

02 Julai, 2015

(Video) Datuk Bandar menikah dengan buaya

SAN PEDRO HUAMELULA: Seorang Datuk Bandar di San Pedro Huamelula, Mexico mengahwini seekor buaya betina pada Selasa demi meneruskan satu upacara tradisi negeri itu

Upacara itu dipercayai akan membawa ‘tuah’ kepada komuniti nelayan setempat.
Buaya betina itu yang dinamakan Maria Isabel dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudiannya dibaptiskan sebelum Datuk Bandar Joel Vazquez Rojaz melafazkan ikrar perkahwinan.

Nelayan percaya buaya tersebut adalah seorang puteri dan perkahwinan itu bakal membawa lebih banyak hasil laut di Lautan Pasifik.

Dalam majlis tersebut, buaya itu dirujuk sebagai 'isteri' Datuk Bandar.


EmoticonEmoticon