jobs from my.neuvoo.com

07 Julai, 2015

Wanita salin baju dicabul dalam Parkson

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikenali sebagai Amanda Sabri mendakwa dicabul seorang penjaga kedai di sebuah pusat beli belah terkemuka di sini.

Menerusi statusnya di Facebook bertajuk Parkson (Pavillion) meletak maruah wanita pada harga RM1,000, dia berkongsi pengalamannya dalam kejadian itu sehingga menjadi 'viral' dalam kalangan pengguna media sosial lain.

“Pada 1 Mei 2015, saya telah dicabuli oleh seorang penjaga kedai lelaki di sebuah bilik salinan Wallis di Parkson, Pavillion.

"Apabila saya sedang bersalin baju, seorang penjaga kedai lelaki secara tiba-tibanya membuka langsir bilik salinan saya yang kononya hendak menjaga keadaan pelanggan yang beratur.

“Adakah ia berlaku secara kebetulan? Tidak sama sekali. Ini kerana semua bilik salinan di premis berkenaan adalah terhad untuk pelanggan wanita sahaja.

“Penjaga kedai lelaki tersebut yang membuka langsir bilik salinan saya itu adalah dari kedai sebelah iaitu Hush Puppies. Jadi, apa yang dia buat di situ? Hanya Tuhan tahu,” katanya.

Difahamkan, pihak pengurusan Parkson telah meminta maaf dan memberi Parkson Giftcard bernilai sejumlah RM1,000 kepada wanita berkenaan selepas insiden tersebut.

Walaubagaimanpun, Amanda menolak tawaran tersebut dan menyatakan bahawa dia akan lebih berwaspada ketika menyalin baju di pusat membeli-belah selepas ini.

Setakat ini, posting tersebut telah mendapat perkongsian lebih daripada 5,000 kali di laman Facebook.

-mD


EmoticonEmoticon