jobs from my.neuvoo.com

14 Ogos, 2015

Awas Lelaki Gila Seks Dalam LRT

KUALA LUMPUR: Gila seks. Itu gambaran paling tepat terhadap perbuatan tidak bermoral seorang lelaki yang tanpa segan silu bertindak meramas alat sulitnya sebagai cubaan mengajak seorang wanita untuk melakukan seks dengannya.

Menerusi laman sosial Facebook, mangsa yang dikenali sebagai Wardah Hanum Z A malam tadi memuat naik satu klip video berdurasi 15 saat memaparkan aksi gersang lelaki terbabit yang dilihat berulang kali memegang alat sulitnya sambil cuba bercakap dengan mangsa.

Berdasarkan video tersebut, aksi jijik lelaki terbabit yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 50-an itu sempat dirakam mangsa.

Menurut mangsa, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang lewat malam tadi.

“Kepada semua wanita, sila berhati-hati dengan lelaki gila seks ini!

“Saya percaya dia mengikuti saya sepanjang perjalanan ke stesen dan sengaja duduk di depan saya.

“Anda boleh lihat apa dia sedang lakukan dalam video ini dan bercakap banyak perkara lucah yang saya sendiri tidak sanggup untuk berkongsi.

“Ia adalah stesen terakhir, jadi tidak begitu ramai orang.

“Bayang jika lelaki ini berhenti di stesen yang sama dan ikut anda balik rumah? Saya yakin dia sudah biasa melakukan perkara ini,” tulis Wardah dalam entri tersebut.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih lebih 87,000 kali yang mana rata-rata pengguna media sosial mengutuk keras tindakan lelaki terbabit, selain meminta mangsa membuat laporan polis.





- mD


EmoticonEmoticon