jobs from my.neuvoo.com

31 Ogos, 2015

Baru lepas 'mandi wajib' dah kena cekup

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Sembilan wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat urut di Taman Fadason, Kepong, petang Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.15 petang yang dilakukan Jabatan Imigresen Putrajaya itu, seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai pelanggan dan seorang lelaki tempatan ditahan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Abdul Halim Ismail berkata, hasil risikan dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan pusat urut itu turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan.

Semua yang ditahan berusia antara 18 dan 38 tahun dan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Lelaki Bangladesh itu adalah pelanggan di pusat urut berkenaan yang baru selesai mandi dan disyaki ingin melakukan seks bersama wanita warga asing yang dilanggannya.

“Dia ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Katanya, pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM100 untuk perkhidmatan seks manakala pakej RM140 bagi seks dan urut.

Beliau berkata, lelaki tempatan yang juga penjaga premis itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut menemui kondom yang disorokkan dalam peti surat di dalam sebuah bilik,” katanya.

Abdul Halim berkata, siasatan dilakukan mengikut Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas, Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 02) dan Seksyen 56(1)(d)Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 02).

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74114?m=1#sthash.HuTs1a0Z.dpuf


EmoticonEmoticon