jobs from my.neuvoo.com

04 Ogos, 2015

Belasah 'skandal' isteri di Kajang

Kajang: Seorang pemandu lori cedera di kepala dan tangan selepas dipukul tiga lelaki ketika sedang makan di sebuah restoran di Sungai Chua, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 37 tahun sedang makan berseorangan di restoran itu sebelum didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali.

Mangsa dipukul bertubi-tubi oleh suspek sehingga terjatuh manakala beberapa pelanggan lain tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, dalam kejadian itu Proton Satria milik mangsa turut dilarikan suspek.

“Ketika kejadian mangsa meletakkan kunci keretanya di atas meja sebelum seorang suspek merampasnya.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan calar di tangan akibat dipukul kumpulan lelaki terbabit sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang sebelum polis berjaya menahan dua suspek dalam kes itu.

“Punca utama kejadian adalah disebabkan suspek menuduh mangsa ada hubungan dengan isterinya ketika ditahan selama dua tahun di penjara sebelum ini.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami menahan dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 28 tahun di sebuah rumah di Sungai Chua,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68062#sthash.v3bS9PRc.dpuf


EmoticonEmoticon