jobs from my.neuvoo.com

27 Ogos, 2015

Berpuluh kali dirogol bapa kandung selepas kematian ibu

KOTA BHARU - Seorang penoreh getah dihukum penjara 17 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai pada jam 1 pagi, September 2011.

Kejadian berlaku berkali-kali sehingga terakhir pada 27 Mei 2014.

Tertuduh juga mengaku salah didakwa pada tuduhan yang berlaku di sebuah rumah di daerah sama, pada jam 12 tengah malam.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi kedua-dua tuduhan itu.

Hukuman berkuatkuasa serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Oktober 2014 menjadikan keseluruhan hukuman penjara 17 tahun dan 20 sebat.

Tertuduh yang kematian isteri pada 2010 terbabit tidak berkahwin dan merogol anak keduanya dari lima beradik.

1 comments so far


EmoticonEmoticon