jobs from my.neuvoo.com

05 Ogos, 2015

'Corn Flakes' setiap pagi cegah amalan onani lelaki?

PERNAHKAH anda terfikir, kenapa emping jagung atau “Corn Flakes” dihasilkan? Mungkin bagi segelintir masyarakat di seluruh dunia, semangkuk emping jagung akan menjadi pilihan utama sebagai menu sarapan pagi khsususnya bagi mereka yang mementingkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, tahukah anda selain ia sebagai makanan rutin di waktu pagi, tujuan asal makanan bijirin ini diperkenalkan adalah sebagai langkah mencegah tabiat onani dalam kalangan lelaki.

Perkara tersebut didedahkan portal Mental Floss yang memetik kenyataan pencipta empingan jagung, John Harvey Kellogg, pada abad ke-19.

Menurut laporan tersebut, Kellogg ialah seorang doktor muda di Amerika Syarikat mempunyai sifat ‘anti-onani’ yang menganggap perbuatan tersebut adalah tidak baik untuk kesihatan.

Kellogg juga dikatakan seorang yang tidak selesa dengan seks kerana menyifatkan ia boleh memudaratkan keadaan fizikal, emosi dan rohani.

Buktinya, sepanjang perkahwinan dengan isterinya, Kellogg dikatakan tidak pernah menyetubuhi pasangannya sehingga mengambil langkah untuk tidur di bilik berasingan dengan isterinya.

Baginya, seks dengan isteri adalah perkara yang tidak baik. Namun, melakukan onani itu disifatkan sesuatu yang lebih buruk.

Susulan itu, Kellogg beranggapan penyelesaian yang baik kepada semua ‘penderitaan’ tersebut adalah diet yang sihat yang mana bijiran dan kacang sebagai ‘pencegah’ kepada masalah itu.

Menurut portal tersebut lagi, Kellogg memulakan perniagaan bersama adiknya, Will dengan memperkenalkan pelbagai jenis sarapan bijirin termasuk empingan jagung.

Bagaimanapun, persengketaan antara Kellogg dan adiknya tercetus apabila Will berhasrat untuk menambah sedikit gula ke dalam empingan jagung itu membuatkan rasanya lebih sedap tetapi tidak dipersetujui Kellogg.

Akhirnya, dia membuka syarikatnya sendiri iaitu ‘Kellogg’.

Jadi, kepada pengemar Corn Flakes, adakah anda dapat merasai perbezaan selepas menikmati empingan jagung?

Anda tentukan sendiri.



- mD


EmoticonEmoticon