jobs from my.neuvoo.com

20 Ogos, 2015

Cucu pemimpin terkenal rogol gadis dalam tandas

Johannesburg: Seorang cucu Nelson Mandela didakwa merogol gadis berusia 15 tahun di dalam sebuah tandas.

Mbuso Mandela, 24, didakwa di sebuah mahkamah di Johannesburg semalam dan ditahan di lokap sehingga prosiding jaminannya, Jumaat ini, kata jurucakap polis.

Dia didakwa menarik mangsa ketika gadis itu memasuki tandas di sebuah restoran yang tidak didedahkan namanya di Greenside, Jumaat lalu.

Akhbar Daily Sun memetik jurucakap keluarga berkata, Mbuso makan bersama rakannya di restoran berkenaan pada hari itu.

“Dia menerpa mangsa dan merogolnya di dalam tandas,” kata jurucakap itu.

Seorang lagi cucu Mandela, Mandla didapati bersalah menyerang seorang pemandu berusia 40 tahun dalam kejadian keganasan jalan raya, awal tahun ini. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71757#sthash.43fKRXpk.dpuf


EmoticonEmoticon