jobs from my.neuvoo.com

10 Ogos, 2015

DAP yakin dapat sokongan Melayu dengan bantuan GHB

AP semakin mendapat perhatian dan penyertaan daripada Orang Melayu meskipun parti itu dilabel cauvinis dan dominasi Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015.
DAP yakin perikatan baharu bersama parti serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mampu meraih sokongan orang Melayu di Johor, Melaka dan Perak, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, walaupun parti pembangkang sedang berdepan perpecahan namun pengundi Melayu kelas pertengahan di barat dan selatan Semenanjung, sokongan kepada pemimpin progresif Islam lebih baik ditunjukkan berbanding puak konservatif.

“Penyokong Umno mungkin juga sanggup mengundi progresif berbanding konservatif. PAS sendiri tidak cemerlang di negeri tersebut sejak berdekad lalu.

“Jadi dengan perikatan baharu, kami harap akan melakukan lebih baik tanpa tentangan seperti dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Keyakinan DAP turut berasaskan statistik pilihan raya yang menunjukkan parti pembangkang cenderung memenangi lebih sokongan dan kerusi setiap kali perikatan dibentuk, kata Pua.

“Kami mencari kemenangan ke Putrajaya melalui sokongan dari Johor, Perak dan Selangor,” kata Pua pada forum Masa Depan Pembangkang di Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-9 di Kuala Lumpur semalam.

DAP tidak berhajat untuk memanjangkan langkahnya ke Kelantan atau Terengganu kerana pengundi di 2 negeri itu cenderung menyokong puak konservatif PAS, kata Pua.

Kenyataannya itu berikutan perkembangan dalam PAS di mana sebahagian pimpinannya membentuk GHB dalam persediaan membentuk parti Islam baharu.

GHB dibentuk pemimpin progresif PAS yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Parti yang ingin ditubuhkan GHB dijangka bakal menggantikan PAS dalam perikatan pembangkang baru bersama DAP dan PKR selepas PR menamatkan kerjasamanya ekoran terputus hubungan PAS dan DAP.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata parti Islam itu bersedia bergerak sendirian dalam pilihan raya umum akan datang. Masa depan kelam bersama PAS.

DAP semakin mendapat perhatian dan penyertaan daripada Orang Melayu meskipun parti itu dilabel cauvinis dan dominasi Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015.DAP semakin mendapat perhatian dan penyertaan daripada Orang Melayu meskipun parti itu dilabel cauvinis dan dominasi Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015.Gabungan pembangkang sebelum ini seperti Gagasan Rakyat pada 1990 dan Barisan Alternatif pada 1999 berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dan berkuasa di beberapa negeri.

Pada 1990, Gagasan Rakyat dan sekutunya, Angkatan Perpaduan Ummah yang bersama Semangat 46, PAS, Berjasa dan DAP berjaya merampas Kelantan daripada BN.

Pada 1999, Barisan Alternatif yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Nasional berjaya mengekalkan Kelantan dan kembali berkuasa di Terengganu.

PR, yang dibentuk pada 2008 mengekalkan Kelantan dan berjaya merampas Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Walaupun Pua memberikan penilaiannya berhubung sokongan orang Melayu di negeri konservatif, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang juga penggerak utama GHB tidak menolak kemungkinan parti baharu itu bertanding di Kelantan dan Terengganu walaupun berdepan risiko untuk bertembung dengan PAS.

"Kami mendapat respons positif kepada program yang diadakan di Kelantan dan Terengganu," katanya pada forum itu.

Beliau berkata parti baharu berkenaan akan memutuskan semasa tempoh berkempen sama ada untuk mengisi calon di 2 negeri itu atau tidak.

Katanya, parti baharu itu tidak akan memecahkan undi di antara parti pembangkang mahupun dengan PAS jika keputusan bertanding dibuat.

"Dalam pilihan raya akan datang, pengundi akan diberi pilihan di antara 2 parti bertanding yang akan membentuk kerajaan persekutuan.

"Rakyat akan memilih untuk kerajaan baru atau kekal dengan yang lama. Jika PAS bersama BN, ia merupakan kerajaan lama.

"Jika PAS bersendirian, rakyat akan tahu ia akan tetap pembangkang kerana ia tidak mampu menjadi kerajaan sendiri," katanya. – 10 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-yakin-dapat-sokongan-melayu-dengan-bantuan-ghb#sthash.YG2jZt31.dpuf


EmoticonEmoticon