jobs from my.neuvoo.com

09 Ogos, 2015

Gempar! Kapal tangki MT Jaoquim pula dilapor hilang di perairan Selangor

APMM enggan memberikan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut dan akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim, dipercayai hilang di perairan Selangor.

Sumber Astro AWANI memberitahu kemungkinan kapal tangki tersebut telah dirompak awal pagi Ahad.

Namun, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) enggan memberikan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut dan akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini.

Astro AWANI akan membawakan laporan lanjut dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

Sebelum ini, kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun.


BERITA LANJUT MENYUSUL

1 comments so far

Nkorang ni pandai pandai kata hilang! Najib dah derma kpd pundekou bugis dah! Baca lah berita terkini, ni asyik jadi macam pembangkang je nkorang ni!


EmoticonEmoticon