jobs from my.neuvoo.com

06 Ogos, 2015

Kemaluan terdedah selepas seluar koyak ketika persembahan

BINTANG Hollywood dan pemain muzik terkenal, Lenny Kravitz menghadapi saat paling memalukan apabila seluarnya terkoyak ketika membuat persembahan hingga menampakkan keseluruhan kemaluannya di hadapan ribuan penonton.

Seluar Lenny dikatakan terkoyak di bahagian tengah lalu menonjolkan kemaluannya kerana tidak memakai seluar dalam. Kejadian berlaku ketika berlansungnya konsert di Stockholm pada 3 Ogos.

Menurut sumber, penyanyi berusia 51 tahun itu segera ke belakang pentas untuk menukar seluarnya yang terkoyak itu.

“Ini memang gila. Saya ketawa tak terhingga. Saya telefon ibu saya yang menonton konsert itu dan dia juga ketawa terbahak-bahak,” kata seorang penonton kepada sumber.

Insiden tersebut turut mendapat perhatian rakan baik Lenny, Steven Tyler yang memberikan komen lucu kepada beliau.
Lenny yang juga terkenal dengan watak Cinna dalam filem The Hunger Games bagaimanapun kembali ke pentas utama selepas menukar seluar untuk meneruskan konsertnya dan menghiburkan penonton. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Saat-saat seluar Lenny Kravits terkoyak ketika membuat persembahan anda boleh tontonnya di sini


EmoticonEmoticon