jobs from my.neuvoo.com

11 Ogos, 2015

Kongsi Gambar Bogel Tanda Protes Larangan Porno

Baru-baru ini tercetus kontroversi di India ekoran kerajaan negara itu mengeluarkan undang-undang larangan isi kandungan porno. Ada yang menyokong namun banyak pihak pula yang merasa bahawa larangan itu tidak masuk akal. Salah seorang yang membantah keras undang tersebut adalah aktres dan model yang mencipta nama di British dan India, Sofia Hayat.

Apa yang lebih memeranjatkan, bekas peserta program Bigg Boss itu menunjukkan protesnya pada India dengan cara yang cukup ekstrem.

Dengan penuh keyakinan, seleberiti yang berasal dari keluarga Islam ini merakamkan foto dirinya tanpa seurat benang dalam keadaan sedang berbaring di atas katil. Foto tersebut dikongsi menerusi laman sosial Twitter @sofiahayat dengan #PornBan.
Foto tersebut pelbagai reaksi daripada masyarakat negara tersebut.

"Bagus sekali tindakanmu Sofia. Betapa bangganya ayah dan saudara laki-lakimu kalau tahu kelakuanmu ini," ujar salah seorang netizen.

"Aku bangga dengan apa yang kulakukan," balas Sofia.

Sofia sendiri merasa sedih dengan larangan isi kandungan porno di India, dan menganggap pemerintah sudah keterlaluan. Justeru dia berharap dengan foto yang dikongsikan itu, dia akan mendapat lebih banyak lagi sokongan daripada orang ramai sekaligus menarik perhatian pihak kerajaan.

Bagaimanapun setakat ini tiada apa-apa reaksi balas daripada pihak kerajaan India.

- mD



EmoticonEmoticon