jobs from my.neuvoo.com

03 Ogos, 2015

Kongsi gambar cumbu dalam lif, peminat pula yang 'panas'

Gara-gara berkongsi bergambar bercumbu dengan suami di akaun Instagram miliknya, Sharifah Sakinah dikecam sesetengah peminatnya kerana mempamerkan gambar tersebut namun dalam masa yang sama ada yang menyokong tindakannya itu.

Ada peminat yang menyifatkan gambar mesra Sakinah dan juga suami bercium mulut sebagai sesuatu yang tidak perlu dipamerkan di khalayak ramai, bak kata orang, simpan di rumah sajalah. Bagaimanapun ada juga yang menyifatkan perkara itu romantik dan tidak salah kerana mereka sudah sah suami isteri.

Sebelum ini, isu Johan mencium isterinya ketika menerima anugerah sekitar tahun ini juga turut menjadi perhatian peminat yang mewujudkan perbalahan antara dua pihak – hanya di laman sosial.

Faham sangat perangai prihatin peminat yang sayangkan artis pujaan mereka. Apa pun, pastinya Sakinah mempunyai jawapan dan sebab tersendiri memuatnaik gambar tersebut. Semoga hubungan pasangan manis secocok ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


EmoticonEmoticon