jobs from my.neuvoo.com

10 Ogos, 2015

KSN batal pertukaran dua pegawai SPRM

Putrajaya: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini membatalkan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ali dalam kenyataan di sini berkata, dua pegawai berkenaan masing-masing Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob akan kembali memegang jawatan asal di suruhanjaya itu berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pegawai kanan itu bertemu dengan Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal pagi tadi.

Ali berkata, kedua-dua pegawai berkenaan sudah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.

"Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai itu," katanya.

Jumaat lalu, Bahri dan Rohaizad diarahkan ditukarkan ke JPM dan mereka sepatutnya melapor diri hari ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69529#sthash.BoTtao7L.dpuf


EmoticonEmoticon