jobs from my.neuvoo.com

20 Ogos, 2015

Laman pasangan curang digodam

London: Penggodam mendakwa membocorkan pangkalan data pengguna laman web Ashley Madison yang digunakan oleh suami isteri untuk berlaku curang antara satu sama lain.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, kumpulan yang menggelar diri mereka Impact Team berkata, pemilik laman web itu tidak mengendahkan tuntutan mereka sebelum ini.

“Sekarang semua orang akan melihat data mereka,” katanya.

Kesahihan dokumen yang didedahkan tidak dapat disahkan, tetapi penganalisis yang melihatnya percaya ia benar.

Seorang daripadanya, Ketua Pegawai Eksekutif Errata Security Rob Graham berkata, dia mengira lebih 36 juta akaun, namun mengakui ada yang nampak palsu. - AP


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71759#sthash.HnZO7mnr.dpuf


EmoticonEmoticon