jobs from my.neuvoo.com

12 Ogos, 2015

'Love bite' pada leher kekasih, adik pemain bola didenda RM800

Gambar hiasan
Kota Bharu: Seorang lelaki yang juga adik kepada seorang pemain bola sepak Liga Super didenda RM800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap teman wanitanya yang masih di bawah umur, Disember tahun lalu.

Tertuduh Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan Ahmed Ezainie dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Pasir Hor di sini, jam 1 pagi, 5 April 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, dengan menaiki motosikal, tertuduh membawa mangsa ke rumahnya dan ketika berada dalam bilik, tertuduh memeluk, mencium pipi dan bibir serta membuat gigitan cinta pada leher mangsa.

Sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69881#sthash.WAkLAA9t.dpuf


EmoticonEmoticon