jobs from my.neuvoo.com

02 Ogos, 2015

#MH370 : Pintu Kapal Terbang Ditemui di Pulau Reunion

Sebuah pintu pesawat telah dijumpai terdampar di Pulau Reunion, menurut sumber dari Sky News.

Wartawan Sky News, David Bowden, berkata objek terbabit dijumpai berada di kawasan berbeza dari tempat flaperon yang baru-baru ini dijumpai.

Walaubagaimanapun, pihaknya masih lagi belum boleh memastikan ia adalah dari pesawat Boeing 777.

Flaperon yang dijumpai baru-baru ini telah dihantar ke Toulouse, Perancis untuk dianalisis oleh pakar penerbangan.

Selain dari itu, penduduk tempatan melaporkan turut terjumpa bahagian-bahagian lain seperti tayar pesawat dan juga kerusi pesawat.


EmoticonEmoticon