jobs from my.neuvoo.com

05 Ogos, 2015

Mufti Wilayah Persekutuan KL keluar fatwa untuk rokok elektronik, vapor

ZULKIFLI: Berdasarkan daripada nas yang dinyatakan maka Irsyad Fatwa ke-63 berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan, rokok elektronik atau vapor adalah haram.

Dr. Zulkifli melalui entri di laman facebooknya memaklumkan, mengikut hukum Islam, penggunaan e-rokok atau vapor itu sama seperti rokok sebenar.

Jelas beliau, bedasarkan kenyataan, pakar menunjukkan, ia memudaratkan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada merokok.

"Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi).

"Namun harus diketahui bahawa jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional," jelasnya.

Justeru katanya, berdasarkan daripada kenyataan tersebut dan juga nas yang dinyatakan maka Irsyad Fatwa ke-63 berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram.

Katanya, faktor lain yang diambil kira adalah pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah khususnya bagi golongan wanita.

Tambahnya, Irsyad Fatwa ke-63 memutuskan perkara berkenaan sama seperti fatwa ulamak lain yang menyokong pengharaman rokok elektronik tersebut.

Justeru beliau menyeru umat Islam untuk meninggalkan penggunan rokok elektronik atau vapor berkenaan.


EmoticonEmoticon