jobs from my.neuvoo.com

19 Ogos, 2015

Pak Nil viralkan 'aksi' wanita dalan kereta

KUALA LUMPUR: Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai ragam dan sikap pengguna jalan raya di negara ini yang difikirkan secara terangan melakukan kesalahan lalu lintas tetapi ia sudah menjadi satu 'budaya' semua orang buat.

Kepelbagaian ragam itu jika dapat diperhatikan antaranya membabitkan sikap pemandu tidak kira motosikal atau kereta yang bertindak melanggar lampu isyarat, penunggang motosikal memandu dalam keadaan menentang arus, menukar laluan tanpa memberi isyarat dan sebagainya.

Malah, jika budaya ‘pelik’ ini terus diamalkan, tidak mustahil ia boleh mengundang kemarahan pengguna jalan raya lain sehingga mendatangkan bahaya dan meningkatkan kadar kemalangan jalan raya.

Terbaharu, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi menerusi laman sosial, Instagramnya turut berkongsi sekeping foto yang sempat dirakamnya di jalan raya.

Berdasarkan gambar tersebut, ia jelas memaparkan aksi seorang wanita sedang melakukan pemfailan sambil memandu.

Susulan itu, Aznil yang mesra dengan panggilan Pak Nil meluahkan perasaan 'terkejut' melihat tindakan wanita terbabit.

“Cayalah akak ni.. bawak kereta sambil buat filing! #HanyaDiMalaysia #Negaraku,” tulis Aznil dalam entrinya, sebentar tadi.

Meskipun gambar tersebut disifatkan sebagai lucu tetapi ia boleh membahayakan keselamatan wanita tersebut dan pemandu lain.

Lebih menarik, niat Pak Nil untuk berkongsi keterujaannya itu turut mendapat ‘teguran’ daripada seorang pengikutnya.

“Cayalah kt @aznilnawawihm bawak kete pun blh tangkap gambo lg tu,” tulis ummie_natt_prong.



- mD




EmoticonEmoticon