jobs from my.neuvoo.com

20 Ogos, 2015

Pelacur bogel diserang 'utusan' Tuhan

MENDAKWA dirinya menerima ‘wahyu’ dari Tuhan, seorang lelaki berusia 42 tahun melanggan seorang pelacur ke sebuah bilik hotel, sebelum bertindak merompak dan menyerang mangsa dengan menggunakan pisau pemotong buah.

Suspek dikatakan bertindak demikian selepas mendakwa mendapat ‘arahan’ daripada Tuhan yang memberitahunya untuk membersih dosa seorang pelacur dengan darah.

Susulan itu, suspek yang dikenali sebagai Shi, mengatur serangan tersebut terhadap mangsa.

Memetik laporan Shanghaiist, kejadian dipercayai berlaku sebulan lalu di sebuah daerah Wanhua di Bandar Taipei, Taiwan.

Rakaman video serangan tersebut baru dikeluarkan dan mula tersebar.

Dalam kejadian itu, mangsa datang menemui suspek dalam keadaan bogel , sebelum diserang hendap oleh lelaki terbabit.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan selamat selepas kakitangan hotel tersebut mendengar jeritan mangsa dan bergegas ke tempat kejadian.

Difahamkan, suspek berjaya diberkas pihak polis.

Ketika disoal siasat, polis menyoal sama ada lelaki terbabit mempunyai sejarah sebagai pesakit mental selepas mendakwa dirinya ‘utusan dari Tuhan’.

Namun, suspek memberitahu polis bahawa hasil pemeriksaan menunjukkan dia ‘waras’.

Suspek didakwa atas tuduhan merompak dan diminta menjalani pemeriksaan perubatan. Mangsa wanita yang dikenal pasti sebagai Dai, terselamat dalam kejadian itu.



- mD


EmoticonEmoticon