jobs from my.neuvoo.com

03 Ogos, 2015

Pelik perlakuan seks mamat ni...

Connecticut: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melakukan seks dengan semak di belakang rumahnya.

Akhbar Connecticut Post melaporkan, Wallace Berg, 81, bertelanjang bulat ketika dilihat berkelakuan seperti melakukan seks.

Apabila ditegur, Berg dilapor berhenti melakukan perbuatan itu, meminta maaf dan masuk ke rumahnya, kata polis kepada akhbar itu.

Polis menahan Berg selepas menonton klip video yang dirakam jiran berkenaan.

Berg yang dibebaskan dengan ikat jamin AS$10,000 (RM38,000) dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh dan menggangu ketenteraman.

Seks dengan objek bukan perbuatan pelik di Amerika Syarikat.

Beberapa lelaki sebelum ini pernah ditahan berbuat demikian, termasuk dengan basikal.

Edward Smith dari Washington mendakwa, dia melakukan seks dengan lebih 1,000 kenderaan, termasuk sebuah helikopter yang digunakan untuk siri televisyen popular, ‘Airwolf.’


EmoticonEmoticon