jobs from my.neuvoo.com

18 Ogos, 2015

Penceroboh masuk ikut bumbung dapur, sebelum perkosa wanita

Atap rumah dibuka sebelum penceroboh masuk ke rumah mangsa
PETALING JAYA: Seorang wanita telah diperkosa selepas seorang penceroboh bersenjata memasuki rumahnya di Kajang Utama di sini.

Kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang bersendirian di rumah didatangi oleh suspek yang berusia lingkungan usia 28 hingga 30 tahun, melalui bumbung dapur rumahnya pada Sabtu lepas.

OCPD Kajang, Willey Richard berkata mangsa juga diugut dengan pisau.

"Mangsa ketika itu berada di dalam biliknya sebelum mendengar loceng dibunyikan beberapa kali. Namun begitu, beliau tidak mengendahkannya apabila melihat lelaki berkenaan tidak dikenalinya.

"Lima minit kemudian, mangsa terkejut apabila melihat lelaki berkenaan berada di dalam biliknya. Suspek kemudian mengikat tangan mangsa dibelakang dan kemudian memperkosanya," kata beliau lagi.

Mangsa kemudian menghubungi jiran memaklumkan kejadian tersebut selepas mangsa melarikan diri.

Sebelum kejadian, suspek memberitahu pengawal keselamatan di kawasan itu beliau perlu masuk ke kawasan itu untuk memperbaikan talian telefon.
Lakaran wajah suspek

Polis telah mengedarkan lakaran wajah suspek berdasarkan penerangan mangsa.

Suspek dipercayai bertubuh besar, tinggi, gelap, memakai seluar kelabu dan T-shirt pada hari kejadian.


EmoticonEmoticon