jobs from my.neuvoo.com

08 Ogos, 2015

Pendarahan usus, penyanyi Hazami kini di ICU

Kuala Lumpur: Penyanyi Hazami kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Kota Damansara, di sini, sejak kelmarin akibat pendarahan usus.

Pengurusnya, Fahrul Arazi berkata, Hazami pengsan kelmarin akibat berlaku pendarahan di bahagian kantung darah.

"Hasil pemeriksaan, doktor mendapati bahagian ususnya terdapat 50 kantung darah dan ada yang sudah pecah.

"Doktor mengesahkan dia menghidap Diverticular Disease," katanya.

Diverticular Disease adalah penyakit yang boleh muncul dalam bentuk kantung-kantung kecil di dinding usus dan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diverticulosis, diverticular bleeding dan diverticulitis.

Menurut Fahrul, Hazami kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan membuang kantung-kantung yang pecah.

"Doktor juga sudah memasukkan empat pek darah bagi menggantikan darah yang hilang banyak. Pagi semalam, dia sudah sedarkan diri tapi masih dalam pemerhatian doktor," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68912?m=1#sthash.vjSBM7eQ.dpuf


EmoticonEmoticon