jobs from my.neuvoo.com

08 Ogos, 2015

Pertukaran 2 pegawai SPRM disebabkab perjawatan JPA, bukan politik - Zahid

KUCHING 8 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa serta merta tidak perlu dipolemikkan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, tindakan menukarkan dua pegawai terbabit juga tiada kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Ia (pertukaran) tidak berkaitan dengan apa berlaku (siasatan PDRM).

“Hal ini kerana pertukaran jawatan bagi pegawai kerajaan adalah berkaitan dengan pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya dalam sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke ibu negara di Lapangan Terbang Kuching di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pertukaran Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ke JPM berkuat kuasa serta merta, semalam.

Turut ditukarkan ke JPM ialah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-polemikkan-pertukaran-2-pegawai-
sprm-1.122061#sthash.p3jwRx3M.dpuf


EmoticonEmoticon