jobs from my.neuvoo.com

23 Ogos, 2015

Rakyat Arab Saudi paling banyak curang

London: Data yang diterima hasil pembocoran besar-besaran laman web hubungan curang Amerika Syarikat Ashley Madison menunjukkan rakyat Saudi, diikuti oleh Maghribi sebagai yang paling ramai curang terhadap pasangan mereka di dunia Arab.

Menurut syarikat Perancis CybelAngel yang meneliti kesan pembocoran itu, 1,230 pengguna berdaftar dengan laman itu mempunyai alamat e-mel Arab Saudi.

Pembocoran berkenaan yang dilakukan kumpulan penggodam mendedahkan 35 juta pengguna laman berkenaan di Internet Rabu lalu.

Jumlah kedua tertinggi dari negara Arab ialah Maghribi dengan 999 pengguna menggunakan pangkalan data negara itu.

Dalam kalangan negara Arab yang muncul dalam senarai itu, rakyat Iraq paling sedikit bermain kayu tiga, dengan 33 pengguna berdaftar.

Bagaimanapun, jurucakap CybelAngel berkata, data itu berdasarkan pangkalan data negara terbabit. Pengguna Ashley Madison yang menggunakan alamat e-mel berakhir dengan ‘.com’ sukar untuk dijejaki.

Pembocoran berkenaan menyebabkan suami atau isteri di seluruh dunia terpaksa mencari alasan terbaik untuk menjelaskan kepada pasangan masing-masing sebab mereka berdaftar dengan laman itu yang diwujudkan untuk menjadi platform bagi mereka yang ingin curang.

Wartawan di seluruh dunia berusaha memperoleh data dengan harapan mengesan nama tokoh politik, agama atau selebriti yang menyerai lama itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72177?m=1#sthash.WRfUAqUR.dpuf


EmoticonEmoticon