jobs from my.neuvoo.com

14 Ogos, 2015

Remaja 16 tahun dicabul empat rakan selepas dirogol teman lelaki

KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun tidak tahan dicabul empat rakan teman lelakinya akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, 6 Ogos lalu.

Mangsa dipercayai dicabul empat suspek berusia 16 tahun di kawasan sekolah dan dirogol teman lelakinya berusia 17 tahun, sejak penghujung Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, empat remaja dan seorang teman lelaki mangsa berumur 17 tahun berjaya ditahan atas kesalahan merogol dan mencabul.

“Teman lelaki mangsa akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Manakala empat lagi rakan suspek disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencabulan,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, polis masih memburu empat lelaki yang terlibat kes samun bersenjata di sekitar daerah ini.

Menurutnya, empat suspek berusia lingkungan 30-an hingga lewat 40-an giat dikenal pasti melakukan samun di sekitar Lunas, Padang Serai dan Kulim.

“Mereka menyasarkan kawasan kediaman terpencil dan jauh daripada pandangan awam untuk melakukan aktiviti tersebut.

“Kalau hanya tinggal suri rumah, suspek ini akan ikat mangsa sebelum melarikan barang berharga," katanya.

Katanya, suspek bersenjatakan parang panjang dan dipercayai menaiki motosikal atau kereta untuk menyamun mangsa.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta segera menghubungi polis untuk membantu siasatan," katanya.


EmoticonEmoticon