jobs from my.neuvoo.com

26 Ogos, 2015

Saiful Nizam tinggalkan TV3!

KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail dikatakan sudah menghantar notis sebulan berhenti kerja sejak dua hari lalu.

Selepas lebih sedekad bersama TV3 yakni sejak menyertai Malaysian Top Host, pengacara yang juga ahli perniagaan itu memilih untuk mencari angin baharu.

Menghubunginya sebentar tadi, Saiful Nizam tidak menafikan berita itu.

"Ya.. tapi saya tak mahu komen lebih," katanya ringkas.

Difahamkan juga Saiful Nizam kini sedang diintai beberapa syarikat penyiaran untuk menawarkannya pekerjaan.

"Saya tak menafikan memang ada pelbagai tawaran yang kunjung tiba, cuma saya dalam proses mempertimbangkannya.

SAIFUL Nizam bersama isteri tercinta Aida.

"Saya juga mahu fokus dalam dunia perniagaan. Tapi dunia pengacaraan yang sudah sebati dalam diri takkan ditinggalkan begitu sahaja. Doakan perjalanan saya akan lebih baik pada masa mendatang,"katanya.

Saiful Nizam berkahwin dengan juara pertandingan Gadis Melayu di TV9 dan dikurniakan dua orang anak, Aida Eirdeena dan anak lelaki bernama Saif Eirham.

Saiful turut membantu isterinya itu menjalankan perniagaan butik pakaian, - CitrAida - di The Strands Kota Damansara.


EmoticonEmoticon