jobs from my.neuvoo.com

08 Ogos, 2015

Saiz zakar mengecut, lesen doktor dilucutkan

NEW YORK: Seorang bekas pakar bedah plastik, Mark D. Schreiber yang berasal dari Boynton Beach, Florida didakwa atas kecuaian dalam melakukan prosedur pembedahan yang menyebabkan kecacatan alat kelamin seorang pesakit lelakinya, baru-baru ini.

Memetik laporan portal Opposing Views, Mark telah dilucutkan lesennya dalam bidang perubatan pada tahun 2008 selepas berlakunya beberapa perselisihan faham dengan Lembaga Perubatan Florida, Amerika Syarikat.

Mark kini didakwa atas tuduhan feloni melakukan pembedahan tidak berlesen yang membabitkan prosedur yang haram di mana ia menyebabkan salah seorang pesakitnya mengalami kecederaan kritikal.

Dalam pada itu, seorang pakar pembedahan yang lain, Nery Carvajal Gonzalez berasal dari Florida, Amerika Syarikat, juga dituduh atas kesalahan sama dimana dia melakukan suntikan pembesaran zakar ke atas seorang pesakit secara haram kerana tidak mempunyai lesen yang sah.

Difahamkan, catatan waran tangkap menyatakan zakar pesakit tersebut mengalami pengecutan yang serius sehari selepas menjalani pembedahan.

Malah, alat kelamin pesakit tersebut juga dikatakan membengkak dan hanya kelihatan tertimbul kurang daripada 1 inci dari tubuhnya.

Pesakit tersebut juga menyatakan bahawa alat kelaminnya berdarah pada keesokan hari selepas mengambil pil yang diberikan kepadanya oleh doktor tersebut.

Pihak polis mengatakan alat kelamin mangsa mengalami kecacatan yang serius dimana dia tidak mempunyai sebarang rasa ketika membuang air kencing.

Lebih malang, pesakit tersebut juga tidak dapat melakukan hubungan seksual seperti sedia kala dan mengalami kesakitan semasa ereksi spontan.

Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya menahan Mark di kediamannya dan menjumpai beberapa implan payudara dan alat-alat pembedahan yang lain.

"Kami percaya dia telah melakukan pembedahan yang serupa kepada pesakit lain yang kebanyakan daripada mereka tidak tahu tentang latar belakangnya," kata Sarjan Carl Zogby dari Jabatan Polis Hialeah, Florida.

"Dia juga menjalankan perkhidmatan (menjual ubat dan alat-alat perubatan) kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

-mD


EmoticonEmoticon