jobs from my.neuvoo.com

08 Ogos, 2015

Saya sedia bentang akaun UMNO -Najib

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama.

Perdana Menteri berkata, tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.

Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.

“Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Saya juga berusaha untuk membawa parti kita ke peringkat yang lebih baik,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. -UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/saya-sedia-bentang-akaun-umno-najib-1.122062#sthash.zUi1bBUI.dpuf


EmoticonEmoticon