jobs from my.neuvoo.com

21 Ogos, 2015

Sekolah di P. Pinang dilarang guna tema kemerdekaan Lim Guan Eng

GEORGETOWN: Semua sekolah di Pulau Pinang dilarang menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan Ke-58 yang dianjurkan kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussain, ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai pekeliling Jabatan Pendidikan negeri mengenainya yang bertarikh semalam.

Beliau berkata ia susulan tema Hari Kemerdekaan ditetapkan kerajaan DAP Pulau Pinang adalah bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri ini," katanya.

Kerajaan Pulau Pinang memilih "BERSIH" sebagai tema sambutan tahun ini.


EmoticonEmoticon