jobs from my.neuvoo.com

17 Ogos, 2015

Solat dahulu sebelum ke konsert saya - Yuna

Bakal mengadakan konsert pada 16 September ini di KLCC, ramai peminat Yuna dalam masa yang sama turut memperkatakan tentang masa pembukaan pintu dewan pada pukul 7 malam dan sangat hampir dengan waktu solat Maghrib.
Peka dengan perkara tersebut dan tidak mahu salah faham berlaku, Yuna menjelaskan bahawa dia menggalakkan mereka yang beragama Islam supaya bersolat dahulu sebelum menikmati persembahannya itu nanti.
“Datanglah bila-bila (ke gig) selepas waktu solat. Ada surau di KLCC. Saya mungkin berada di surau juga,” memetik katanya di laman Twitter. Penjelasan Yuna tersebut dalam masa yang sama turut mendapat pujian daripada peminatnya. (rtky/s)


EmoticonEmoticon