jobs from my.neuvoo.com

02 Ogos, 2015

Sultan Johor panggil Muhyiddin menghadap, kata sumber

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda petang ini, kata sumber.

Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada jam 3.30 petang ini di Istana Bukit Serene, Johor Baru.

"Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana untuk makan tengaha hari bersama," kata sumber berkenaan kepada The Malaysian Insider.

Menurut beliau, perjumpaan itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa.

Timbalan presiden Umno itu pagi ini merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian Kluang, di Kluang, Johor.

Ketibaan beliau pada jam 10.10 pagi disambut paluan kompang dan selawat oleh perwakilan Umno yang hadir. – 2 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-johor-panggil-muhyiddin-menghadap-kata-sumber#sthash.Twk0wbKQ.dpuf


EmoticonEmoticon