jobs from my.neuvoo.com

10 Ogos, 2015

Terserempak adik dirogol bapa tiri dalam semak

Chukai: Seorang nelayan berusia 53 tahun, semalam, ditahan reman tujuh hari kerana disyaki merogol anak tirinya yang berumur 10 tahun dalam kejadian di Kampung Baru, Kerteh, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, kejadian itu disedari kakak mangsa yang ketika itu bersama rakannya menuju kedai berhampiran dan terserempak mangsa keluar dari kawasan semak, kira-kira jam 2 petang.

"Kakak mangsa kemudian membawa adiknya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya dan apabila ditanya lanjut, mangsa mendedahkan ayah tirinya pernah melakukan perbuatan sama sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kakak mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 10.30 pagi, keesokan harinya. Susulan laporan itu, pihak polis semalam menahan reman suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya menambah kes disiasat mengikut seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa bawah umur.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kemasukan objek di kemaluan mangsa.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69349#sthash.V6omaYHg.dpuf


EmoticonEmoticon