jobs from my.neuvoo.com

31 Ogos, 2015

'Upacara' pijak gambar Hadi, Najib oleh peserta Bersih 4.0 disiasat

KUALA LUMPUR - Foto viral yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak dalam perhimpunan Bersih 4.0 semalam kini dalam siasatan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara tersebut.

"Kes tersebut masih di dalam siasatan," kata Tajuddin kepada Sinar Harian, hari ini.

Foto tersebut bersama-sama kapsyen 'Kurang ajar upacara pijak gambar Tuan Guru' tersebar di laman sosial hari ini.

Himpunan Bersih 4.0 memasuki hari terakhir hari ini dan keadaan di Kuala Lumpur masih terkawal.


EmoticonEmoticon