jobs from my.neuvoo.com

21 Ogos, 2015

(Video) Aksi terlampau dalam McDonald's akhirnya makan penampar

KUALA LUMPUR: Gara-gara bersikap biadap dengan menghemburkan kata-kata kesat kepada seorang wanita, seorang lelaki menerima ‘balasan’ setimpal apabila dia dilempang, sebelum ditumbuk bertubi-tubi seorang lelaki lain.

Menerusi video yang mula menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook sejak semalam, insiden dipercayai berlaku di sebuah cawangan makanan segera, McDonald's di Singapura.

Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina kelihatan menghina seorang pelanggan wanita yang berada di kaunter pembayaran.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak puas hati dengan wanita itu yang pada awalnya ditemani seorang lelaki berbadan sasa.

Mungkin tidak tahan dengan ‘penghinaan’ yang dilemparkan lelaki tersebut, rakan wanita itu tiba-tiba muncul lalu melempang dan menumbuk mukanya bertubi-tubi.

Pergaduhan mula tercetus apabila kedua lelaki berkenaan berbalas tumbukan.

Bagaimanapun, pergelutan berjaya dihentikan apabila wanita terbabit menghalang rakannnya itu, sebelum mereka keluar dari restoran terbabit.

Difahamkan, kejadian dipercayai ada kaitan dengan isu perkauman. Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 741,314 kali.

Tahukah anda bila memekik kata tak suka melayu dan india di singapore? Singapore is a chinese country? Nah ambik kau..hmm kalo kat malaysia ni comfrm dah jd lauk cina ni..Sumber dari bangangrian branch Singapore. .
Posted by Bangang Forever on Wednesday, 19 August 2015


EmoticonEmoticon