jobs from my.neuvoo.com

25 Ogos, 2015

(Video) Stacy akhirnya lafaz kalimah syahadah...

HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Stacy dan Akim Ahmad bukan lagi rahsia di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan.

Perhubungan mereka bertambah erat dan pada sambutan Aidilfitri lalu, kedua-dua bergaya sedondon menggayakan busana baju Melayu dan baju kurung moden dari warna yang sama termasuk juga anak angkat Stacy, Bella.

Menerusi portal Rotikaya, Stacy dikhabarkan sudah memeluk Islam, baru-baru ini.

Ditemani ibu Akim dan Akim sendiri, Stacy dikatakan memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.

Jika benar seperti yang dikhabarkan, selamat datang buat saudara baru dan semoga Stacy diberikan bimbingan sepenuhnya seperti mana seorang muallaf yang lain. InsyaAllah.

Sementara itu, menerusi portal Murai, Stacy dikatakan bakal membuat satu sidang media mengenai isu ini pada keesokan hari. – MYNEWSHUB.CC

Kalimah Syahadah diucap Stacy....

Posted by Pilihan Anda by Desperado on Monday, 24 August 2015


EmoticonEmoticon