jobs from my.neuvoo.com

13 Ogos, 2015

(Video) Terkongsi Bunyi Rengekan Seks Dalam Dewan Kuliah

NIAT seorang pelajar lelaki untuk ‘menikmati’ video porno di dalam bilik kuliah di sebuah universiti baru-baru ini memakan diri apabila dia secara tidak sengaja lupa memasang fon kepala pada komputer ribanya.

Dalam kejadian memalukan itu berlaku ketika sesi kuliah yang mana mendapat perhatian ratusan pelajar lain yang turut berada dalam kelas berkenaan.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Huffington Post, rakaman video tersebut dipercayai dirakam oleh pelajar lain yang turut berada dalam kelas terbabit.

Menerusi rakaman berdurasi 56 saat, pelajar ‘gila seks’ itu yang memakai baju T warna putih kelihatan asyik menonton video porno terbabit.

Malah, dia kelihatan berkali-kali membetulkan bunyi daripada video itu yang mungkin beranggapan ia kurang jelas didengarnya.

Bagaimanapun, ia mula menarik perhatian pelajar lain apabila bunyi aksi menghairah dari video seks dengan jelas dapat didengari pelajar lain.

Menyedari dia terlupa memasang fon kepala, pelajar terbabit terus mematikan komputer ribanya dan bergegas keluar dari dewan kuliah berkenaan.

Pelajar-pelajar lain kelihatan ketawa besar dan bertepuk tangan kepadanya.

Video tersebut yang dimuat naik seorang pengguna Facebook menggunakan nama Jamie Zhue sehingga kini ditonton lebih 21,000 kali.

Namun, berdasarkan tinjauan Malaysian Digest di laman sosial Youtube, Jamie Zhue sering kali membuat video 'prank' yang mempamerkan aksi-aksi pelik di universiti.

Malah, aksi menonton video lucah itu di dalam bilik kuliah itu juga antara salah satu projek yang dihasilkan MySocialTV.

When you forget to plug your headphones in properly....
Posted by Jamie Zhu on Sunday, 9 August 2015


EmoticonEmoticon