jobs from my.neuvoo.com

01 September, 2015

Aksi Mat Sabu bergesel dada amoi Bersih 4.0 dikecam


BAGAI satu rahsia terbuka (open secret) yang diketahui semua orang, parti Gerakan Harapan Baru (GHB) atau bakal dikenali sebagai Parti Amanah Negara selepas 15 September depan adalah parti yang sama sekali tidak seperti PAS.

Jika PAS menjadikan Islam sebagai perjuangan utama, GHB didapati lebih ke arah liberal atau parti politik sekular, pendirian yang sesuai apabila bergandingan dengan DAP.

Setakat ini tiada sebarang komen daripada pemimpin GHB yang mengesahkan perkara ini.

Bagaimanapun, tak perlu penjelasan sebenarnya kerana perhimpunan Bersih 4.0 telah pun menjawab segala-galanya.

Selain daripada bendera mewakili kaum LGBT yang megah berkibar di perhimpunan tersebut, lihat saja aksi-aksi pemimpin GHB yang satu ketika dahulu dilihat begitu alim ketika bersama PAS.

Dalam keadaan kopiah melekat di kepala, wajarkah membiarkan gadis berskirt mini membonceng di belakang?

Dan kalau itu tak cukup buat anda beristighfar, lihat pula bagaimana Mohamad Sabu dikepit wanita-wanita seksi di perhimpunan tersebut.

Bukan nak salahkan mana-mana pihak tapi kita pasti maklum jika seseorang itu benar-benar membawa imej Islam sebenar, tak mungkin berani wanita hendak beraksi segedik itu bukan?

Fikir-fikirkan… apa akan jadi dengan generasi muda beragama Islam jika beginilah cara pemimpin GHB melayani penyokong mereka. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon