jobs from my.neuvoo.com

23 September, 2015

Artis Eina Azman pernah cuba dirogol Jamal?

Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya berhubung tuduhan yang dia cuba merogol seorang artis wanita Malaysia bernama Eina Azman.

Jamal ketika ditemui di luar balai polis, mengakui, sekalipun dia mengenali Eina Azman secara peribadi, dia tidak pernah merogol atau cuba merogolnya sebagaimana yang didakwa menerusi media sosial dan blog.

"Saya nafikan semua tuduhan itu, semuanya yang mereka dakwa di media-media sosial. Saya kenal dia. Saya kenal ramai selebriti dan telah bertemu mereka. Saya telah bertemu Siti Nurhaliza dan ramai selebriti yang lain.

"Saya seorang ahli perniagaan dan saya kenal ramai selebriti kerana saya mempunyai sebuah syarikat hiburan," kata Jamal dalam sidang media itu.

Apabila ditanya adakah dia akan mengambil sebarang tindakan ke atas Eina Azman, Jamal berkata, dia tidak mempunyai sebarang rancangan berbuat begitu kerana artis itu sendiri tidak membuat tuduhan ke atasnya.

"Saya telah periksa. Kenyataan tersebut dibuat oleh orang lain, bukan selebriti itu."

Jamal turut memberitahu, antara laporan polis yang dibuatnya hari ini, termasuklah khabar-khabar angin yang membabitkan dirinya dan keluarganya, yang turut berkisar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Dia ditemani oleh lima orang peguamnya.

"Saya telah membuat sekurang-kurangnya 17 laporan polis termasuklah tuduhan yang kononnya saya mahu meludah Tun Mahathir. Satu lagi laporan adalah berkenaan tentang saya kononnya menerima RM3 juta untuk menganjurkan himpunan 16 September. Terdapat juga dakwaan kononnya saya tidak benarkan orang Cina masuk restoran saya selain tuduhan kononnya saya adalah seorang pengedar dadah."

Sumber


EmoticonEmoticon