jobs from my.neuvoo.com

01 September, 2015

Bai'ah PAS memang wujud, tetapi sudah tidak laku - Penasihat Umum Parti Pekerja

KUALA LUMPUR: Bai'ah dilafazkan wakil rakyat Pas yang meninggalkan parti itu tidak lagi sah selepas terkuburnya PR.

Penasihat Umum Parti Pekerja, Ahmad Awang berkata, ini kerana kerusi dimenangi mereka dalam PRU13 lalu adalah atas tiket PR dan bukan Pas semata-mata.

“Calon Pas yang guna lambang bulan bertanding bukan atas nama Pas bersendirian tetapi PR. Jadi kemenangan mereka adalah dalam PR.

“Ketika mereka berbai'ah sebagai calon, walaupun atas nama parti tapi hakikatnya di bawah PR. Sekarang PR dah roboh, maka apa yang terikat dalam bai'ah tersebut tidak lagi sah,” katanya dalam sidang media pengumuman Gerakan Harapan Baru sebagai parti politik dengan nama Parti Pekerja, di sini, semalam.

Antara wakil rakyat yang meninggalkan Pas dan menyertai Parti Pekerja ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan Pas atas nama PR, Ahmad mengambil contoh kerusi yang ditandingi DAP atas nama Pas.

“DAP tak bertanding di Terengganu tetapi menyokong calon Pas. Ini menyebabkan Pas menang di kerusi yang dahulunya kalah.

“DAP juga pernah guna lambang Pas kerana hubungan mereka koalisi (dalam PR) itu. Malah, Setiausaha Agung Pas juga pernah keluarkan surat watikah dengan lambang Pas kepada DAP,” katanya.



- Sinar Harian

2 comments

Umno dah berjaya pecah belahkan.
Tq nik.amar

Skrg umno tak perlu teruskan hudud lagi..

Tuan Ahmad Awang yang berilmu tinggi, Pendapat tuan tidak betul,kerana bai'ah sudah mengikat calon bersumpah dengan nama Allah dalam parti pas.Tak usah dok spin kata kalau dalam PR tak sah. Takutlah kamu kepada Allah yang melihat perbuatan kamu itu


EmoticonEmoticon