jobs from my.neuvoo.com

07 September, 2015

Bai'ah PAS: Tak jatuh talak tiga, hanya satu - Dr Mariah

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin PAS yang keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hanya menceraikan isteri mereka dengan talak satu.

Ketua Wanitanya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu terkandung dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas “Talak tiga sekali gus adalah berlaku satu talak”.

“Enakmen Keluarga Islam yang terpakai oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara termasuk perihal mentalakkan isteri dengan tiga talak sekali gus, hukumnya hanya jatuh satu talak sahaja.

“Ia juga adalah selari dengan satu hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Siti Mariah menasihati pihak-pihak yang sangat ghairah untuk mengesahkan keruntuhan rumah tangga bekas pemimpin PAS terbabit supaya berpandukan Enakmen Keluarga Islam berkenaan,

Katanya, PAN turut mendesak majlis fatwa negara segera bersidang dan memberikan penegasan terhadap hukum hakam perkara itu supaya tidak terus dipolemikkan.

“Islam sewajarnya dilihat upaya menyelesaikan masalah ummah bukannya menjadi pencetus masalah dalam kalangan ummah,” katanya.

Beliau turut menyelar Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan kerana didakwa membuat “pre judgement” terhadap isu itu sebelum kes terbabit dirujuk ke hadapannya.

“Ia adalah suatu yang amat malang, apatah lagi pada ketika kerajaan Kelantan sendiri sedang usaha mempromosikan pelaksanaan Hudud dan seterusnya keadilan undang-undang Islam,” sindirnya. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon