jobs from my.neuvoo.com

30 September, 2015

Bunuh ibu, rogol anak perempuan

NEW YORK – Dasar perangai syaitan, tetap salahkan orang lain walaupun dirinya keji dan menjijikkan. Ia sesuai digambarkan kepada lelaki `gila’ David Renz di Amerika Syarikat.

Pesalah ini menyalahkan gelang elektronik konon dikatakan tidak berfungsi sehingga menyebabkan dia membunuh seorang wanita dan kemudian merogol anak perempuan mangsa yang berusia 10 tahun.

Gelang elektronik itu terpaksa dipasang di kakinya memandangkan David adalah pesalah paedophile serta disabitkan dengan kesalahan memproses lebih 11,000 gambar dan 1,000 video lucah.

David yang dilahirkan dengan kecacatan di muka, menyalahkan gelang tersebut yang terlalu senang dibuka tanpa disedari oleh pihak berkuasa di Pusat Tahanan Wende yang memantaunya.

“Saya boleh buka alat ini 10 hingga berbelas kali sehari tanpa sesiapa pun yang menyedari mengenainya,’’ katanya yang memberitahu dia tidak akan melakukan perbuatan kejam itu jika pihak polis asyik memantaunya.

Pengakuan cukup mengejutkan pelbagai pihak berkenaan dibuat dalam testimoni yang dirakamkan pada bulan April lalu tetapi ia hanya didedahkan kepada umum semalam.

Dalam video terbabit, lelaki ‘gila’ itu memberitahu gelang elektronik tersebut patah selepas dia terlanggar kotak secara tidak sengaja di rumah ibunya, dan kemudian menjadi longgar.

Seminggu selepas itu, David mula membuka dan memasang semula gelang kaki berkenaan sesuka hati dan apabila pihak berkuasa tidak menyedarinya, dia mula merasakan kebebasan.

Dia kemudian beli senapang angin untuk digunakan dalam serangan pada Mac 2013, hingga bunuh seorang wanita dan merogol anak perempuan mangsa, ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah pusat beli belah.

Dalam pada itu, pegawai polis yang sepatutnya memantau David telah dipecat kerana siasatan yang dijalankan mendapati mereka terlepas pandang sebanyak 46 kali di mana David memanupulasikan gelang elektronik terbabit.


EmoticonEmoticon