jobs from my.neuvoo.com

15 September, 2015

Datin X: Perempuan Simpanan Sebar Cerita Atas Ranjang

Kerana wang dan pangkat, ada wanita sanggup mengorbankan harga diri hingga mengguris hati dan perasaan wanita lain. Suami orang atau tidak, ambil saja asalkan memberi kesenangan yang dicari-cari. Lebih jelik, zaman sekarang ini sudah wujud golongan wanita yang mengganggu rumah tangga orang hanya kerana didorong nafsu.

Perempuan jenis apakah itu?

Ini bukan cerita yang dibuat-buat. Spesis ini memang ada di mana-mana sekarang ni. Pandai-pandailah kita jaga laki masing-masing. Tapi kalau yang suami pun nak menggatal sama, bagaimana pula?

Kepada lelaki, jangan ingat korang saja boleh melepak ramai-ramai dan megah bercerita hal dalam kelambu dengan skandal masing-masing. Ramai juga perempuan hari ini yang tak tahu malu dan bercerita kepada semua dari A sampai Z. Nama pun perempuan. Kebanyakannya mulut tempayan. Rahsia memang susah nak disimpan. Akhirnya, kisah yang mengaibkan itu dibawa dari satu mulut ke satu mulut sampailah sekalian alam tahu. Bahananya, lelaki juga yang jadi mangsa diketawakan dan menjadi bahan lawak tak sudah. Kalaulah lelaki tahu, rasanya nak jejak tanah luar rumah pun dia tak sanggup!

Lelaki jangan ingat kalau pasang spare tyre tu maknanya dia hebat. Usah rasa diri itu megah sangat sebab kalau silap langkah, mengena kat batang hidung sendiri pula nanti.

Datin X berkata begitu sebab kebanyakan perempuan zaman sekarang lebih panjang akal dan tak heran sangat pun dalam akaun bank lelaki tu ada berapa. Ramai yang sekadar cari lelaki untuk dibuat penyedap sahaja.

Seperti Lin yang dikatakan ada hubungan terlarang dengan seorang hartawan muda yang juga suami orang, tidak pernah ambil peduli bila ramai yang menyemburnya dengan jolokan perampas. “Bukan I nak sangat dekat lelaki tu pun. Untuk suka-suka saja!” Datin X tak fahamlah orang sekarang yang senang-senang saja membuka pekung sendiri tanpa ada rasa malu atau segan.

Isteri hartawan itu pula, menafikan sekeras-kerasnya yang suaminya bermain kayu tiga. Anak masih kecil, jadi katanya mereka suami isteri masih seperti pasangan remaja bercinta. Selalu pergi dating di restoran mewah, kerap menghadiahkan isterinya dengan barangan mahal… hari ni jam tangan, esok beg pula. Kalau orang tanya adakah benar suaminya pernah ada affair dengan perempuan bernama Lin, isteri itu tadi akan menjawab dengan tenang. “Oh, please! That woman?!” Nadanya sentiasa berbunyi menyindir.

Konon-kononnya, mana ada wanita lebih layak untuk suaminya selain dia. Datin X mengaku yang isteri hartawan ini cantik rupawan sekali orangnya. Iyalah, nama pun suri rumah. Pembantu ada sampai empat orang. Jadi banyaklah masa nak mengulit badan sendiri sampaikan selang sehari blow rambut di salun. Kalau tak, takkan lah sampaikan kawan-kawan hartawan itu sendiri naik cemburu hingga juling mata melihatkan betapa seksinya isteri tersebut setiap kali bertemu.

Yang si Lin ini pula, boleh tahan juga cantik orangnya. Mungkin gayanya agak kekampungan, tapi dia wanita bijak yang berkerjaya. Lin memang ada reputasi yang tak berapa elok. Khabarnya, she sleeps her way to the top. Tak tahulah sama ada betul atau tidak.

Apa yang pasti, Lin tak berselindung bila orang menanyanya fasal hubungannya dengan hartawan itu tadi.

Akui Lin, hari ini hartawan itu pula yang sibuk mengejarnya. Padahalnya dia sudah lama hilang minat.

Eh, macam mana pulak tu?

Cerita kawan Datin X, “Lin tu sekadar nak ‘cuba’ saja. You know, casual sex. Sekali dua check-in, terus dia tawar hati. Katanya, sebab hartawan tu very bad in bed. Habis kisah luar dalam dia beritahu. And you tahu lah how Lin is. She brags to the whole world about her sex life. Sekarang ni, everytime we all terjumpa that guy or the wife, dalam kepala kami semua mesti teringatkan cerita Lin!”

Kata kawan Datin X itu lagi, cerita Lin mencetus gurauan – dari ‘saiz’ hingga ke performance hartawan itu tadi. Oh… now we know! Hartawan tu kalau di luar, nampak saja gagah. Tapi tak sangka atas ranjang asyik kecundang.

Sudahlah begitu, kawan-kawan bini semua sudah tahu. Padan muka sendiri, lebih kasihan lagi pada sang isteri!

Dipetik dari: Glam.my


EmoticonEmoticon