jobs from my.neuvoo.com

08 September, 2015

Dollah bukan pilihan saya - Tengku Abdullah

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mendedahkan bahawa baginda tidak mahu mendapatkan khidmat Dollah Salleh sebagai pengendali pasukan Harimau Malaya.

"Dari awal lagi, Dollah (Salleh) bukan pilihan saya, tetapi ahli jawatankuasa teknikal mahukan khidmat Dollah," ujar Tengku Abdullah.

Berikutan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi, baginda telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden FAM secara berperingkat dan akan melantik Datuk Seri Affandy Hamzah sebagai pemangku presiden.

"Saya telah menyatakan niat saya untuk mengupah seorang jurulatih asing. Saya sangat kecewa dengan keputusan kekalahan yang terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Dollah Salleh mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya sebaik tiba di Malaysia dari Abu Dhabi dan FAM melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara untuk mengharungi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

"Harap FAM akan melantik jurulatih luar negara untuk masa akan datang bagi membaiki keadaan yang kritikal ini.


EmoticonEmoticon