jobs from my.neuvoo.com

09 September, 2015

(Foto) Gadis cantik diperkosa, dicampak bogel dalam longkang di Sabah


LAMAN sosial Facebook terutama di kalangan pengguna di Sabah kecoh siang tadi berikutan tersebarnya beberapa keping gambar memperlihatkan seorang gadis cantik dipercayai dirogol dan dibuang ke dalam longkang.

Kami difahamkan beberapa pembaca, walaupun gambar berkenaan kembali viral semalam, ia adalah kejadian yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Mangsa dipercayai dalam usia 20-an ditemui hanya memakai coli oleh seorang lelaki dalam longkang berhampiran Dewan Hongkod Koisan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun KDCA (Penampang) .

Wanita itu dipercayai telah dirogol di tempat lain sebelum dibuang di tempat berkenaan.

Selain dirogol, mangsa juga dipercayai telah dipukul berikutan wujud tanda lebam di beberapa bahagian di badannya.

Wanita berkenaan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan pihak polis sedang giat mengesan suspek kes itu.


EmoticonEmoticon